͵¿ú×ÔÅÄ Malaya (UM) menerima kehadiran seramai 3,637 pelajar baharu bagi program Asasi dan Diploma yang memulakan pengajian untuk Sesi Akademik 2026/2027, sekali gus membuka lembaran baharu dalam perjalanan akademik mereka.
͵¿ú×ÔÅÄ Malaya Week of Welcome (UM WOW) kali ini melibatkan pelajar daripada Pusat Asasi Sains ͵¿ú×ÔÅÄ Malaya (PASUM), Pusat Pendidikan Berterusan ͵¿ú×ÔÅÄ Malaya (UMCCED) dan Kolej Kejururawatan.
Naib Canselor ͵¿ú×ÔÅÄ Malaya, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman berkata, UM WOW bukan sekadar sebuah program orientasi, malah menjadi titik permulaan yang memperkenalkan pelajar kepada budaya kecemerlangan ͵¿ú×ÔÅÄ Malaya.
“Ini merupakan isyarat pertama kepada para pelajar baharu Diploma dan Asasi bahawa mereka kini menjadi sebahagian daripada sebuah universiti yang dibentuk berlandaskan disiplin, keberanian dan harapan yang tinggi.
“Di ͵¿ú×ÔÅÄ Malaya, kami bukan sekadar mengalu-alukan pelajar memasuki bilik kuliah, malah menyambut mereka ke dalam sebuah budaya yang mencabar mereka untuk berfikir dengan lebih mendalam, membina jati diri yang lebih kukuh serta menyumbang kepada masyarakat dengan penuh tujuan,” tambahnya lagi.
Beliau turut berkata bahawa kehadiran para pelajar di ͵¿ú×ÔÅÄ Malaya merupakan permulaan kepada satu perjalanan yang penting dan bermakna.
“Di sinilah potensi perlu diuji, keyakinan diri perlu dibina, dan cita-cita perlu diseimbangkan dengan pembentukan sahsiah.
“UM WOW merupakan langkah pertama dalam perjalanan tersebut, dan ͵¿ú×ÔÅÄ Malaya bersedia membentuk anda bukan sahaja untuk mencapai kecemerlangan akademik, malah menjadi pemimpin yang berintegriti, berbakti kepada masyarakat serta mampu memberikan impak yang bermakna,” kata beliau.
Sementara itu, Encik Khairul Amin Mohd. Nor dan Puan Aini Akli Othman, ibu bapa kepada Anis Ayuni Khairul Amin, pelajar Asasi Sains Hayat di PASUM, mengakui berasa sebak ketika menghantar anak bongsu mereka untuk memulakan pengajian di ͵¿ú×ÔÅÄ Malaya.
“Bukan mudah untuk melayakkan diri ke ͵¿ú×ÔÅÄ Malaya. Kami sangat bersyukur dan terharu apabila dia berjaya diterima masuk, lebih-lebih lagi ini merupakan universiti pilihannya. Alhamdulillah, urusan pendaftaran hari ini juga berjalan dengan lancar.
“Kami berharap dia dapat menyesuaikan diri dengan cepat kerana ini merupakan kali pertama dia berjauhan daripada keluarga. Sebagai anak bongsu, sudah tentu kami akan merinduinya, namun kami sentiasa mendoakan agar dia berjaya dan cemerlang sepanjang pengajiannya di UM,” kata mereka.
Bagi Encik Tan Eng Tian pula, beliau teruja melihat anak perempuannya memulakan fasa baharu sebagai mahasiswa ͵¿ú×ÔÅÄ Malaya, meskipun mengakui berasa sedikit sedih kerana buat pertama kalinya mereka akan tinggal berjauhan.
“Sudah tentu kami akan merinduinya, tetapi dengan adanya teknologi seperti WhatsApp, kami masih boleh berhubung dan berkomunikasi dengan mudah. Saya berharap dia dapat menyesuaikan diri dengan baik dan menikmati pengalaman sebagai pelajar UM,” katanya.
Pusat Asasi Sains ͵¿ú×ÔÅÄ Malaya (PASUM) turut meraikan Ambang 50 Tahun penubuhannya pada tahun ini sebagai simbol legasi kecemerlangan, transformasi pendidikan dan pembangunan modal insan negara sejak tahun 1977.
Sambutan tersebut berlangsung seiring dengan ulang tahun ke-121 ͵¿ú×ÔÅÄ Malaya (UM121) yang mengangkat tema "121 Tahun Kecemerlangan, Menyulam Masa Depan", sebagai lambang komitmen universiti untuk terus memimpin dalam bidang pendidikan, penyelidikan, inovasi dan khidmat kepada masyarakat.
Naib Canselor ͵¿ú×ÔÅÄ Malaya, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman bersalaman bersama seorang bapa kepada pelajar
Sekitar suasana pendaftaran pelajar baharu ͵¿ú×ÔÅÄ Malaya sesi 2026/2027
