͵¿ú×ÔÅÄ Malaya terus memperkukuh kerjasama strategik dengan Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam bidang penyelidikan, pembangunan teknologi pertahanan serta pemerkasaan pendidikan dan modal insan berkaitan keselamatan negara.
Naib Canselor ͵¿ú×ÔÅÄ Malaya, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman, hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pertahanan, di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur. Pertemuan ini membuka ruang luas kepada kedua-dua pihak untuk memperkukuh kerjasama akademik dan inovasi pertahanan ke arah memperkasa kesiapsiagaan keselamatan negara.
Profesor Azuan menegaskan bahawa ͵¿ú×ÔÅÄ Malaya melalui Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) memainkan peranan penting dalam melahirkan modal insan berdisiplin, berwawasan dan patriotik. Sehubungan itu, ͵¿ú×ÔÅÄ Malaya akan terus meningkatkan kesedaran dan penyertaan pelajar dalam PALAPES, termasuk mewujudkan keanggotaan PALAPES Udara seiring dengan peningkatan bilangan pelajar universiti.
“͵¿ú×ÔÅÄ Malaya akan memperhebat usaha meningkatkan kesedaran dalam kalangan graduan PALAPES agar mereka terus berbakti kepada negara melalui penyertaan dalam Askar Wataniah. Langkah ini diharap dapat memastikan kesinambungan latihan dan semangat pertahanan dalam kalangan alumni PALAPES ͵¿ú×ÔÅÄ Malaya.
“Dalam masa yang sama, ͵¿ú×ÔÅÄ Malaya akan menambah baik fasiliti latihan PALAPES di kampus, menjadikannya lebih strategik dan berupaya menampung latihan berskala lebih besar, sejajar dengan komitmen universiti terhadap pembangunan pelajar holistik,” kata Profesor Azuan.
Dalam perbincangan tersebut, kedua-dua pihak turut bersetuju untuk meneroka penawaran kursus pendek dan program khas yang melibatkan aspek keselamatan perairan, teknologi pertahanan berimpak tinggi dan strategi keselamatan nasional. Inisiatif ini dijangka membuka ruang baharu kepada warga akademia dan pertahanan untuk berkongsi ilmu, kepakaran dan pengalaman dalam memajukan agenda keselamatan negara.
Kedua-dua pihak juga meneliti peluang kerjasama akademik dan penyelidikan yang merangkumi teknologi pertahanan canggih, keselamatan siber dan pembangunan kapasiti sumber manusia pertahanan.
Profesor Azuan turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pertahanan atas sokongan berterusan terhadap usaha universiti dalam melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga berjiwa patriot dan bersemangat kental mempertahankan kedaulatan negara.
“Kerjasama ini menjadi satu lagi langkah penting dalam menjadikan ͵¿ú×ÔÅÄ Malaya sebagai hab ilmu, inovasi dan kepimpinan strategik pertahanan, yang menyumbang secara langsung kepada keselamatan dan kesejahteraan negara,” tambahnya lagi.